Friday, 23 September 2016

ASEAN


PENGENALAN





 Pengetahuan asas yang berkaitan dengan dasar Malaysia, iaitu hal ehwal serantau dan dunia, isu-isu semasa yang melibatkat hubungan antarabangsa Malaysia.
  



Secara umumnya,tujuan Malaysia  membina hubungan dengan negara      luar adalah seperti yang berikut: 

1.Menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di          arena antarabangsa.

2.Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan 
   keselamatan Malaysia.

3.Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan aspirasi 
   Malaysia dalam semua bidang.

4.Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan 
   negara-negara lain.


DASR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA

  • Hubungan dengan negara luar sangat penting untuk menjamin pertahanan, keselamatan dan kedaulatan negara, pembagunan ekonomi serta kerjasama antarabangsa.


  • Kejayaan negara mengadakan hubungan baik dengan negara luar menyebabkan Malaysia terkenal di seluruh dunia.


  • Hubungan tersebut dapat membantu Malaysia untuk meningkatkan ekonomi negara di samping menjadi tumpuan dalam kalangan negara-negara luar.


PERANAN ASEAN

Persatuan Negara-negara AsiaTenggara atau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)  ditubuhkan pada 8 ogos 1967 di Bangkok.Penubuhannya bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau.Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.Kepentigan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara anggota ASEAN adalah untuk mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama dari aspek ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesiatan serta kepentingan sosial. 

NEGARA - NEGARA ASEAN 




           MALAYSIA                   




  BRUNEI DARUSSALAM 




            
              FILIPINA                    

                               
 
         INDONESIA






          KEMBOJA                            



                           
             LAOS



           MYANMAR                   




          SINGAPURA






          THAILAND                      





        VIETNAM





PRINSIP-PRINSIP UTAMA ASEAN DIGARISKAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1.Saling menghormati kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti 
   jajahan dan identiti nasional semua negara.

2.Memberi hak kepada setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional    bebas daripada campur tangan luar, subversif atau paksaan (coercion).
3.Melakukan perbincangan dan penyelesaian perbezaan atau perdebatan 
   dengan aman.

4.Menolak sebarang penggunaan ketenteraan sekiranya terdapat 
   persengkatan.

5.Melakukan kerjasam efektif antara negara anggota.


MATLAMAT PENUBUHAN ASEAN ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:

1.Mempercepatkan pertubuhan ekonomi, kemajuan sosial dan   
   pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.

2.Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
   dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

3.Meningkatkan kerjasama dan bantuan antara anggota ASEAN dalam 
   pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan.

4.Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama 
   dalam sektor pertanian dan perdagangan.

5.Mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan pertubuhan serantau  
   dan antarabangsa lain.



BENTUK KERJASAMA

KERJASAMA POLITIK

  • Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.


  • Matlamat penubuhannya ialah:
       1.Memelihara keamanan dan kestabialn politik di rantau Asia 
          Tenggara dengan mengelak campur tangan daripada mana-mana 
          pihak luar seperti  Rusia,Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal 
          di serantau ini.

       2.Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku 
          di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.

       3.Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.

       4.Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib             sendiri.

  • Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.


  • ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja,iaitu tentera vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.



KERJASAMA EKONOMI

            Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktivitidijalankan pada peringkat ASEAN.Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.

PROJEK-PROJEK PERINDUSTRIAN

1.Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
2.Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
3.Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina 
4.Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
5.Projek Garam Bantuan-Abu Soda ASEAN di Thailand


KERJASAMA SOSIAL DAN KEBUDAYAAN 

    Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll. Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).


TUJUAN PENUBUHAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa      
   moden.

2.Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota

3.Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang 
   lebih luas.

4.Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara 
   (SEAMEO) 

5.Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan


MENGANJURKAN PROJEK BERIKUT:

  • Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)
  • Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
  • Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik 
       (RECSAM) di Pulau Pinang.


          


1 comment:

  1. 5 Ways to Improve Your Betting with Baccarat
    Learn the 7 steps to learn Baccarat and betting on your favorite sports with our online baccarat guide. Learn choegocasino how 바카라 사이트 to play for free and หาเงินออนไลน์ get bonus.

    ReplyDelete