Friday, 23 September 2016

KOMANWEL


PERANAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BEKAS JAJAHAN BRITISH(KOMANWEL).


SEJARAH PENUBUHAN:

  • KOMANWEL DITUBUHKAN PADA TAHUN 1931 HASIL IDEA LORD ROSEBURY.

  • PERTUBUHAN INI MERUPAKAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA YANG PERNAH DIJAJAH OLEH BRITISH.

  • SYARAT-SYARAT KEAHLIAN KOMANWEL MESTILAH SEBUAH NEGARAMERDEKA,PERSAMAAN TARAF DAN TAAT SETIA KEPADA RAJA BRITISH.

  • PERTUBUHAN INI DIANGOTAI OLEH 49 BUAH NEGARA TERMASUK MALAYSIA.



PENGENALAN:

NEGARA-NEGARA KOMANWEL @KOMANWEL SAHAJA MERUPAKAN SATU PERSATUAN SECARA SUKARELA YANG MELIBATKAN NEGARA-NEGARA BERDAULAT YANG DITUBUHKAN @PERNAH DIJAJAH OLEH PIHAK BRITISH KECUALI MOZAMBIQUE (BEKAS JAJAHAN PORTUGIS) DAN RWANDA (BEKAS JAJAHAN BELGIUM).



INFO:
  • SUKAN KOMANWEL IXVI 1998 MERUPAKAN SUKAN KOMANWEL TELAH DIADAKAN DI KUALA LUMPUR,MALAYSIA.

  • PADA 11 - 21 SEPTEMBER.

  • MALAYSIA MERUPAKAN TUAN RUMAH NEGARA ASIA YANG PERTAMA DAN SUKAN KOMANWEL TERAKHIR UNTUK ABAD KE-20.

  • SATU REKOD 70 NEGARA (34 DARIPADANYA MEMPEROLEH PINGAT).

TUJUAN PENUBUHAN KOMANWEL:
  1. MENGERATKAN PERHUBUNGAN DAN PERPADUAN DI KALANGAN NEGARA ANGGOTA.
  2. MEMBENTUK PERSEPADUAN DI BAWAH SATU PERHUBUNGAN DAN BEKERJASAMA DALAM PELBAGAI BIDANG DI KALANGAN NEGARA ANGGOTA.
  3. MENJAGA KEBAJIKAN NEGARA-NEGARA AHLI UNTUK MEMAJUKAN NEGARA ANGGOTA.
  4. MEMBERIKAN  KEMUDAHAN DAN LAYANAN YANG BAIK DARIPADA KERAJAAN BRITIAN TERUTAMANYA UNTUK PASARAN BARANGAN NEGARA ANGGOTA KOMANWEL DI BRITIAN.
  5.  PAKAR-PAKAR DALAM PELBAGAI BIDANG DAPAT BERBINCANG UNTUK MENINGKATKAN LAGI KEPAKARAN NEGARA ANGGOTA.
  6. MEMBERIKAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN KEPADA NEGARA ANGGOTA MELALUI RANCANGAN PELAJARAN KOMANWEL.

PERANAN:
  1. MENANGANI ISU-ISU KETIDAK ADILAN PERDAGANGAN DUNIA,PENJAJAHAN POLITIK DAN EKONOMI SERTA MASALAH APARTHEID.
  2. MENUBUHKAN TABUNG ANTARABANGSA UNTUK PEMULIHAN ALAM SEKITAR.
  3. MENGURUSKAN PERHUTANAN DAN PERTANIAN DI NEGARA-NEGARA MAJU DAN YANG SEDANG MEMBANGUN.
  4. MENGURANGKAN PENCEMARAN LAUT.
  5. MENGATASI MASALAH PENIPISAN LAPISAN OZON.

MAKSUD KOMANWEL:
MERUPAKAN NEGARA-NEGARA BERDAULAT YANG DITUBUHKAN @ PERNAH DIJAJAH OLEH PIHAK BRITISH.

FAEDAH YANG DIPEROLEH:
  1. KERJASAMA PERTAHANAN
  2. PERDAGANGAN
  3. PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI
  4. PERTANIAN
  5. PENDIDIKAN
  6. KEWANGAN

DALAM BIDANG PERTAHANAN:
  • MALAYSIA TELAH MENDAPAT BANTUAN KETENTERAAN.
  • KHUSUSNYA UNTUK 10 TAHUN SELEPAS MALAYSIA MEMPEROLEH ATAU MENCAPAI KEMERDEKAAN.
  • MALAYSIA JUGA TELAH MENGADAKAN LATIHAN KETENTERAAN BERSAMA-SAMA DENGAN BEBERAPA NEGARA KOMANWEL YANG LAIN.


MENDAPAT SOKONGAN:
  • MALAYSIA TELAH MENDAPAT BEBERAPA SOKONGAN DARIPADA NEGARA-NEGARA ,MAJ\U DALAM KALANGAN ANGGOTA KOMANWEL.
  • CONTOHNYA,PEMBERIAN STATUS SKIM KEUTAMAAN AM(GSP) BAGI BARANGAN MALAYSIA.
  • MELALUI SKIM INI,CUKAI BARANGAN MALAYSIA AKAN DIKURANGKAN SECARA TIDAK LANGSUNG.
  • INI AKAN MENINGKATKAN PERSAINGAN BARANGAN MALAYSIA DENGAN BARANGAN NEGARA LAIN DI  PASARAN LUAR.

PERANAN MALAYSIA DALAM KOMAWEL:
  1. MENEKANKAN SERTA MEMBANGKITKAN ISU-ISU EKONOMI BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT DALAM KALANGAN NEGARA ANGGOTA.
  2. BEKERJASAMA DALAM BIDANG PERTAHANAN,PERUSAHAAN,PERTANIAN, PENDIDIKAN DAN PERDAGANGAN SERTA MEMBANTU MEMBANGUNKAN SOSIOEKONOMI NEGARA-NEGARA ANGGOTA.
  3. MEMBANGKITKAN ISU KEMANUSIAN TERMASUK ISU HAK ASASI MANUSIA SEPERTI MENGECAM AMALAN DASAR APARTEID DI AFRIKA SELATAN YANG MENGAMALKAN DASAR DISKRIMINASI KAUN DENGAN MEMBEZAKAN PENDUDUK BERDASARKAN WARNA KULIT.

KETUA NEGARA KOMANWEL MENGGARISKAN BEBERAPA RANCANGAN@TINDAKAN KERJASAMA NEGARA ANGGOTA:
  1. PENUBUHAN TABUNGAN ANTARABANGSA UNTUK PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR.
  2. PENGURUSAN PERHUTANAN DAN PERTANIAN DI NEGARA-NEGARA MAJU DAN SEDANG MEMBANGUN.
  3. PENGURANGAN PENCEMARAN LAUT.
  4. CARA MENGATASI MASALAH PENIPISAN LAPISAN OZON.

KESAN:
  • MEMBANTU MEMBANGUNKAN PROGRAM SUKAN NEGARA MELALUI TAJAAN DARIPADA PIHAK SWASTA DENGAN MENYEDIAKAN  DANA KEWANGAN YANG BESAR.
  • MELAHIRKAN RAMAI BINTANG SUKAN BERTARAF DUNIA.

  • MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN MENERUSI SEKTOR-SEKTOR YANG BERKAITAN DENGAN SUKAN SEPERTI PELANCONGAN,PERHOTELAN,PENYIARAN DAN PERKILANGAN.
  • MEMPROMOSI NEGARA KE SELURUH DUNIA MELALUI PENGANJURAN SUKAN BERTARAF ANTARA BANGSA.

PENGAJARAN:

SUKAN DILIHAT SEBAGAI SATU ASET KOMERSIAL YANG BERPOTENSI UNTUK BEKEMBANG DENGAN PESAT BAGI MENJANA EKONOMI NEGARA KITA. JADI, SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KITA HARUSLAH BEKERJASAMA DAN BERGANDING BAHU SUPAYA NEGARA KITA TERUS MAJU KE HADAPAN SERTA AMAN DAN MAKMUR.


KESIMPULAN:

DENGAN KEANGGOTAAN DARI 53 BUAH NEGARA DI SELURUH DUNIA,DARI SETIAP BENUA DAN DENGAN 1.6 BILLION PENDUDUK, NEGARA-NEGARA KOMANWEL PERCAYA BAHAWA MEREKA BOLEH MENUNJUKKAN SATU CONTOH YANG KONSTRUKTIF MENGENAI PENDEKATAN MULTINASIONAL YANG PENTING BAGI KEAMANAN DAN PEMBANGUNAN DUNIA MODEN. BADAN INI BERASAKAN PERUNDINGAN,PERBINCANGAN DAN KERJASAMA. HUBUNGAN INI MENGALAKKAN DAN MELUASKAN KESEFAHAMAN ANTARA NEGARA YANG MEMBEKAL PENGARUH YANG KUAT DEMI KEAMANAN.  

DENGAN INI KITA PERLULAH MENJAGA ADAB  SOPAN SANTUN KEPADA NEGARA LAIN SUPAYA NEGARA LAIN MEMANDANG MALAYSIAM SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MEMPUNYAI ETIKA ADAB YANG TINGGI.




                                   LOGO KOMANWEL




                                 BENDERA KOMANWEL







                                       





RUJUKKAN:

  1. BUKU PENGAJIAN MALAYSIA SIRI POLITEKNIK (M/S 170-171)
  2.    http://peranankomanwelptsb15.blogspot.my/

SOALAN:

  1. SIAPAKAN YANG MENCETUS IDEA PENUBUHAN KOMANWEL.
  2. APAKAH FAEDAH YANG DIPEROLEHI OLEH MALAYSIA?
  3. BERAPA BUAH NEGARA YANG TERLIBAT DALAM KOMANWEL?


JAWAPAN:
  1. LORD ROSEBURY.
  2. FAEDAH YANG DIPEROLEH:
    1. KERJASAMA PERTAHANAN
    2. PERDAGANGAN
    3. PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI
    4. PERTANIAN
    5. PENDIDIKAN
    6. KEWANGAN
  3. 49 BUAH NEGARA






























2 comments: